Isu duit ni memang agak sensitif bagi lelaki, jarang sekali untuk lelaki mengakui dirinya tiada duit (atau sedang berjimat). Biasa mereka yang tiada duit akan memberi 1001 satu alasan untuk mengelak gf/isteri/kawan dari mengajaknya untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan duit.
Sebagai satu contoh pabila anda mengajak dia makan tengahari dia akan jawab "Ala geng, saya lupa bawak dompet la ni ari.." Jawapan lawak?? Ya, ini adalah perkara biasa dan salah satu cara dia mau bagitau orang dia sebenarnya tiada duit tanpa memalukan diri sendiri..hehehe.
Kebiasaannya diorang akan beri alasan kurang logik/lawak untuk mengelakkan situasi serius dan kekok supaya orang dari tidak bersimpati terhadap dirinya (well..semua org tau lelaki adalah spesis yg ego).
Disini beberapa contoh tanda kalau dia tiada duit:
Rajin mengemas rumah
Apabila hujung minggu, si dia memberi alasan yang dia ingin mengemas rumah dan malas mau keluar rumah.
Padahal kamu tau dia bukan jenis suka mengemas rumah/bilik. Rumah/bilik pun macam zoo, kalau ada singa sesat pun belum tentu jumpa kan.
Minat tengok DVD atau movie?
Sekiranya anda perasan lelaki suka membeli DVD tapi jarang sekali menontonnya kecuali di waktu lapang tapi sewaktu dia tiada duit, DVD adalah teman sejatinya.
Bagi mereka menonton DVD di rumah lebih memberi lebih banyak kelebihan daripada keluar berjalan atau menonton wayang.
Makan di gerai murah

Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah atas alasan makanan disana sedap atau sekadar ingin ubah selera.
Bawak bekal
Jika sebelum ni dia selalu turun makan breakfast/tengahari. Tapi waktu sesak jangan hairan jika dia tiba2 sahaja bawak bekal/tapau p kelas/opis.
Jika ditanya dia akan jawab "Oh, malam tadi saya masak banyak, so rugi pula kalau buang..alang2 bagus saya buat bekal kan"
Pulang awal

Alasannya: “Sebenarnya, saya cadang mo bawak ko minum petang, tapi saya rasa tidak sedap badan bah..besok2 la ya” ataupun "Ala,saya cadang mo bawak ko makan petang, tapi jalan jammed pula ni..takut nanti 'stuck' dalam traffic jam pula kalau lambat"
"Terlupa" hadiah harijadi

Alasannya: “Susa o mau cari hadiah ko, tu ari ada saya jumpa di kedai c anu..tp suda sold out, nanti la ah”
Menasihati kamu setiap kali ingin membeli sesuatu
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu klu p shopping.
Dia akan tnya " Eeee... penting sangat ka ko beli ni..baik ko fikir2 dulu..membazir seja"
Hanya menemani
“Sori, saya sudah makan di rumah tadi sebelum keluar, saya teman kamu makan saja ya?”
Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu. Bijak kan.
SMS sahaja

Alasannya: “Kita main sms saja la ah, murah sikit, boleh jimat dan banyak boleh taip.”
Kereta rosak

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia pasti akan beri kamu "clue". (paham-paham la bah)
Pandai hilang dari meja makan
Dia akan mengelak kamu/kawan2 ketika waktu membayar bil, tiba-tiba saja mau pigi toilet la, pergi ambil barang la..ada saja alasan yang akan dia guna. Kalau tidak pun dia akan sengaja lambat2 kasi keluar wallet.
Ayatnya lebih kurang gini la "Aduh, kejap ah..kamu/ko kasi settle bill dulu la..saya sakit perut ni, mo pi toilet jap"
Penampilan tidak terurus
Bagi lelaki masalah duit adalah sesuatu yang serius dan secara tidak langsung boleh memberi effect terhadap penampilan mereka, si dia juga akan jadi malas mau jaga penampilan. Dia menjadi kurang kemas dan rambut kusut masai dengan unshaven facial hair.
Selain dari itu, si dia juga akan jadi lebih moody dan pendiam.
Downgrade' rokok
Jika sebelum ni dia dengan selamba mengisap rokok Dunhil, Marlboro, yang berharga RM 10, secara tiba2 dia akan hisap rokok murah (smuggle) seperti 'Era, Premium, John, League' dan banyak lagi jenama rokok yang anda tidak pernah dengar. Itu bererti dia dalam kesempitan duit/ berjimat la tu. Dalam erti kata lain "tiada duit".