Bah, ada satu benda saya mau kungsi dengan kamu semua. Iaitu 'weight issue'!! Jen je jeng (saspen ja kenen ni).
Ya 'weight issue' atau dalam bahasa sanskritnya isu berat (badan). Jangan kamu fikir perempuan seja ada isu berat badan ni, lelaki pun sama. Biasa la bah, sekarang kan banyak penyakit berkaitan berat badan, jadi lelaki sekarang pun sudah pandai jaga makan dan berat badan.
Orait guys, actually untuk menjaga pemakanan susah juga bah. It's not as easy as it seems, lagipun sekarang ni terlampau banyak godaan makanan makanan sedap dan mengiurkan,hehe. Apa lagi kalau macam saya yang bekerja di "kota keriangan" Mid Valley ni. Terlampau lampau banyak godaan, mau diet pun susah.
Oh ya, hampir lupa. Tujuan saya tulis ni sebenarnya saya mau bagi tips-tips la kenen ni. Bagaimana menjadi slim (dan tegap) macam saya. Hahaha. Just kidding.
Seritanya bermula begini,
Mula-mula saya datang semenanjung malaya ni (dapat kerja di sini) berat saya dalam range 60kg gitu la. Saya menyewa rumah dengan step brother di Wangsa Maju, K.L.
Waktu tu saya tersangat la boring tahap dewa munyit sebab masih belum dapat biasakan diri dengan environment disini. Teda kawan bah di sini kan masa tu, kehidupan saya sehari-hari tersangat la dull. Pigi kerja, balik kerja, tidur. Pigi kerja, balik kerja, tidur. Itu seja la kehidupan sehari-hari. Kesian kan. Dengan secara tidak langsung saya pun menjadi individu yang boring.
Lepas tu, saya pun mendapat satu hobi baru iaitu MAKAN. Kebetulan pula, rumah sewa saya tu berhadapan dengan Jaya Jusco atau panggilan manjanya 'JJ'. Nah, apa kejadian sudah tu kalau depan rumah pun ada Mall?? Time boring-boring pula tu. Habis la.
Kalau ada Mall konpom la ada banyak jual makanan yang 'super junior' lazat, sampai terus bulih menyanyi sorry sorry, lika lika mcm group k-pop fames tu.
Jadi, disebabkan JJ ada depan rumah. Saya pun meneruskan la hobi MAKAN saya. Bulih dikatakan hari-hari saya makan fast food waktu tu. KFC, MCD, kadang-kadang kalau malas mau makan fast food, saya makan junk food pula, beli di Jusco. Nyum-nyum. Makan, makan dan terus memakan.
Lebih kurang 6 bulan juga la saya teruskan hobi saya tu. Lepas beberapa bulan, tiba-tiba pula saya teringin bertimbang berat. So apa lagi, astaga, macam nda percaya ni tinguk jarum penimbang, 72 kg suda ni!! Matai!
Bah, stop di sini dulu lah. Nanti sambung serita ah. Penat pula menaip ni.
Nanti saya sambung serita di episode two. :p
No comments:
Post a Comment