Jun 9, 2011

Jangan Hairan Kalau Anda....

Morning all,

Wussupp!! Tidur, makan, tidur, makan, rupanya suda masuk 4 tahun saya di bumi malaya ni. Biasa la, cari duit untuk sesuap nasi,  cehhh.. sesuap la ni kunun padahal mau beratus ribu suapan suda ni, ahaha! Well, itu perumpamaan seja, hehe.

Banyak benda indah & terkurang indah berlaku pada diri saya selama berada di sini, dan saya yakin kamu semua pun ada pengalaman masing-masing. 
Kalau kamu tanya sesiapa pun durang akan jawab "Biasa la tu, tempat urang kan". So terus terang saya cakap, kalau mau bilang saya suka tinggal di sini memang tipu la kan, jiwa dan raga saya masi lagi setia dengan Cik Sabah, ku masi mencintai diri mu Sabah, hahaha! :p By the way, it's not that bad actually, tida bulih juga la complain lebih-lebih, after all, it is the place for me to cari makan, regardless manis or pahit, telan seja la kan.

Ala, mcm urg tua-tua bilang, hujan emas d negeri urang, hujan batu negeri sendiri, gitu ka tu peribahasa dia? hehe! Hantam seja la, kalau cerita semua tentang pengalaman di sini memang inda muat ni blog (alasan, padahal lupa ;p), entri saya hari ni bukan la pasal benda yang saya suka @tidak suka, itu semua biar la simpan dalam hati and share dengan kawan yg memahami..hehe!


Okie Dokie, sambung balik cerita asal. Selama ni kita urang sabah nda pernah ambil kisah pun pasal benda ni..we all just take it for granted..tapi benda ni sebenarnya bulih menolong kawan (Peninsular-ian) kita yang mau jalan-jalan pi sabah, atau pun menulung ingatkan kawan-kawan sabahan (sindrom lupa daratan..hehe) kita yang suda lupa keunikan tempat sendiri.

Anyway, untuk memudahkan semua orang saya buat list dan tips-tips untuk rujukan semua, hehe...kalau kamu blogger Semenanjung bulih la baca sendiri, dan fahami (masuk exam ni, jangan ko main-main,haha ). Tips ini berguna, supaya durang tidak la jadi macam rusa masuk kampung (idiom) pabila ke sabah.


So, jangan hairan kalau anda ke sabah..


1) Ais Kosong
- Di Semenanjung kalau kamu mau order air sejuk kamu cakap "Ais Kosong' tapi kamu jangan order "Ais Kosong" di Sabah kerana kamu confirm akan kena bagi "Ais Batu". Cakap seja "Air Sejuk".

2) Ping/ O / Nai / C
- Istilah tambahan untuk minuman yang ada di sabah, Ping = Sejuk/Ais, O = Kosong (sama mcm Semenanjung), Nai = Susu, C= susu cair, jika anda di sabah dan anda order Teh ais, anda confirm akan kena bagi Teh O Ais. Jadi order la 'Teh Nai Ping'.

3) Motorsikal
- Orang sabah lebih gemar menggunakan kereta daripada motor. memang susah mau jumpa motor di sabah, kalau ada pun kuantiti bulih di kira dengan jari. Kebanyakan pengguna motor adalah di kalangan askar/ cikgu-cikgu semenanjung bekerja di sana,

4) Kenderaan 4wd
- Di Sabah, kenderaan 4wd sangat banyak. 4wd di Sabah clearly sudah lari dari fungsi/objektif asal dia iaitu untuk kegunaan offroad. Sekarang 4wd di Sabah suda menjadi satu trend semata-mata dan bukan lagi satu keperluan. Anda dengan mudah dapat melihat 4wd di bandar-bandar sekitar Sabah.

5)Bulatan pusingan
- Di Sabah banyak bulatan pusingan atau lebih di kenali sebagai 'roundabout' yang kecil, sekecil tong drum pun ada.

6) Ice Lemon Tea
-Di Sabah, even warung cikai (kecil) seja pun ada jual minuman ice lemon tea, berlainan dgn semenenjung, jika anda ingin minum ice lemon tea anda kena pegi ke restoran yang lebih class, contohnya "Secret Recipe".

7) Pisang goreng / Kuih pisang

- Tempat lain saya kurang pasti, tapi jika anda perrgi ke Tawau, Sabah, pisang goreng sememangnya wajib ada sambal@lada kicap dan area K.K pula, planta+gula.

8) Kuih Cakoi
 - Kuih cakoi di Sabah berinti butter and kaya, berlainan dengan Semenanjung yang biasanya anda akan di beri kaya untuk di cicah dalam plastik yang berasingan, dan ada sesetengahnya taruk lada @sambal pula.


Sebenarnya banyak lagi yang bulih di tambah ni. Tapi otak saya tidak dapat menampung dan memproses semua data (habis idea), hehehe. So, sepa-sepa yang rajin tu bulih la re-post dan tokok tambah di blog sendiri. Well, I tried to make it as simple as possible. I hope you like it. :p

22 comments:

Aki said...

Oh,saya baru tau hari ini.. Terima Kasih di Atas info yang sangat berguna.. ^_^.v..

Yen said...

cehh..jgn ko ngada2..idea ko jg ni..haha!

Aki said...

Ai,idea c Aki ka pula ni?? Hahaha.. ^_^.v..

Yen said...

hehe thx 4 dropping by...bha, nti saya lekat logo ah.

Chii said...

Hi! Cool blog :)

Elih Japahar said...

entry bagus punya...jgn lupa letak logo wasaber k :) follow kamu...sabahan bah haha

Unknown said...

hai new wasaber...nice info..
c aki purak~purak bha
jom lawat blog saya k...
http://saveq.blogspot.com/

scarletmihuhu said...

anime fan! hehe. samala

Echa said...

keke..rajin ni buat post gini..
tp berguna ni..hehe :)

Aki said...

Welcome Wasaber.. Caya la ko ging.. Mantap ba blog mu ni.. Hahahaha..

Fadzmie said...

Sekarang ni berbanyak sudah orang pakai motor di Sabah ni, lagi-lagi di KK. Sebab makin lama makin jammed kan KK ni. Hehe.

Btw, already followed u, Wasaber! :)

# orang lain buat salah, orang lain terima akibatnya #

Joevilee Badu said...

adeh, lapar pla sy tingu tu kuih pisang...

p/s - welcome Wasaber.

Unknown said...

Came to visit new WSBians and follow..:)

Yen said...

Chi- Tanx 4 dropping by :)
Elih - Suda taruk tu..jgn risau.hehe
Saveq - Tenx kuncu
Scarlet- bgs2..ada ging laini..haha
Echa- teda kerja kan..haha
Aki- ko jangan aki..ramai suda ni
urg add ni..haha.
Fadzmie- yaka..lama nda balik ba.

Yen said...

cho-ko print la..trus mkn..hehe.

fazrulnoor said...

sudah la ko yen..aku bkn org sabah..aku tak mau pg sabah

Yen said...

kurang asam ko rul..aku buat entry ni khas utk ko..ko tau ka..haha!

Yen said...

pink diva - tanx :D

Atia_gadismelayu said...

klu di warung d semenanjung ice lemon tea also known as teh o ais limau.. lg sedap dr ice lemon tea.. hehehehe..^_^

Yen said...

gadis melayu: ya..susa mau cari kan..but limau is still limau..not a lemon.

the anonymous walker said...

awak, sebenarnya semua di atas bukanlah ada di sabah je. kat semenanjung lebih praktik. contoh, teh, o teh si, teh nai tu (actually dalam bahasa mandarin)

ais kosong / air sejuk = tapi sy selalu je order air sejuk kat semananjung. ais batu tu sebenarnya dlm tatabahasa bahasa malaysia pun salah, patutnya air sejuk. barulah ada air.

motor, dah lama tak balik sabah. so tak tahu berita terkini. tapi org yg pakai motor, ratarata buruh dan pekerja bawahan.

dah namanya sabah negeri kayu balak, mmg kenderaan fwd penting utk kegunaan sana, walaupun fungsinya mustahil nak amik kayu balak. tpi kegunaan spt angkut barang semua tu.. :)

cakoi, kat sini pun ada. semenanjung. tapi cakoi tu sebenarnya makanan cina. sedapp :)) carik yg halal ok :) hehe

but nice sharing :)

Yen said...

mitchelle: tq..sharing is caring kan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...